Lima lokaliti di Sabah, Kelantan dikenakan PKPD

Iklan
PKPD dikuatkuasakan terhadap lima lokaliti melibatkan negeri Sabah dan Kelantan berkuat kuasa 24 Ogos hingga 6 September ini.

SHAH ALAM - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan terhadap lima lokaliti melibatkan negeri Sabah dan Kelantan berkuat kuasa 24 Ogos hingga 6 September ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti terbabit melibatkan Kambung Buanog Matunggong, Kudat dan Kampung Balung Cocos, Tawau, Sabah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, di Kelantan pula melibatkan Kampung Telaga Bata dan Kampung Kajang Sebidang, Mukim Jai Besar serta Kampung Bunut Sarang Burung, Mukin Wakaf Baru, Tumpat.

"Setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD akan dilaksanakan di lokaliti-lokaliti ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Mengulas lanjut, Rodzi berkata, kerajaan juga bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut dan Taman Semarak Indah, Tawau, Sabah berkuat kuasa dari 24 Ogos sehingga 6 September.

Sementara itu, beliau menjelaskan, PKPD di enam lokaliti melibatkan negeri Sabah, Kedah, Terengganu dan Pahang ditamatkan pada 23 Ogos seperti yang dijadualkan.

Iklan

Lokaliti tersebut ialah Blok 11 Kampung Titingan dan Kampung Rawa-Rawa Batu 4,Tawau; Perumahan Ladang Kapur, Benta Wawasan dan Perumahan Ladang Serudung, Usahawan Borneo, Kalabakan, Sabah.

"Kampung Bukit Malut, Langkawi, Kedah dan Desa Keluarga YPK Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu juga ditamatkan pada 23 Ogos ini,” ujarnya.

Jelas beliau, lokaliti di Kampung Bongkok, Bera, Pahang pula ditamatkan pada 22 Ogos iaitu lebih awal dari yang dijadualkan iaitu 27 Ogos ini.