MBM sedia jadi 'jambatan' antara kerajaan, anak muda

Iklan
Jufitri Joha

SHAH ALAM - Majlis Belia Malaysia (MBM) sedia menjadi 'jambatan' antara kerajaan dan golongan muda bagi memastikan penglibatan belia dalam membantu membangunkan semula negara ketika pandemik Covid-19 direalisasikan.

Presiden MBM, Jufitri Joha berkata, hasrat kerajaan untuk memberi tumpuan kepada suara anak muda sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob amat dialu-alukan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pendekatan konsep 'Keluarga Malaysia' yang bersifat inklusif itu diyakini akan memperbaiki keadaan masa depan dan ekonomi negara.

"Ini masanya kita tumpukan sepenuh hati untuk sama-sama memulihkan keadaan ekonomi, mengawal pandemik seterusnya keluar daripada kemelut kemelesetan ekonomi yang sedang melanda rakyat.

Iklan

"Kami amat mengalu-alukan dan terima kasih apabila suara anak muda didengari sebagai komitmen utama kerajaan. Untuk itu, MBM menawarkan khidmat kita menjadi jambatan antara pihak kerajaan dan golongan muda yang bersifat pelbagai.

"Mereka bukan hanya ada satu pemikiran tetapi pelbagai kelompok di bawah yang sepatutnya kita satukan. MBM akan syorkan kepada kerajaan supaya mendengar pandangan kritis daripada belia dan kita anggaplah pandangan ini sebagai 'constructive patriotism' mengambil semangat Bulan Kemerdekaan ini," katanya dalam satu kenyataan rakaman video pada Ahad.

Iklan

Jufitri berkata, penting untuk kerajaan libat sertakan anak-anak muda sebagai platform mereka menyuarakan idea-idea kritis bagi mengelakkan mereka turun ke jalanan.

"Tak salah kita mendengar idea-idea kritis anak muda dan kita rapatkan mereka supaya berganding bahu dengan kerajaan untuk sama-sama pulihkan negara," katanya.