Pendekatan libatkan anak muda satu penanda aras baharu

Iklan
Mohd Shahar Abdullah

SHAH ALAM- Pendekatan melibatkan anak muda bagi menjayakan agenda besar pemulihan negara merupakan satu penanda aras baharu dalam mendekati golongan belia.

Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah berkata, ia sememangnya menjadi harapan anak muda terhadap kerajaan supaya suara mereka didengari dan diambil kira dalam membuat keputusan untuk negara.

Iklan
Iklan

"Perdana Menteri menyatakan komitmen kerajaan untuk mendengar dan memberi tumpuan kepada suara anak muda dalam menjayakan agenda besar pemulihan negara.

"Saya sambut baik seruan ini dan menganggap ia sebagai satu penanda aras baharu kepada kerajaan yang menunjukkan langkah terkehadapan dalam mendekati golongan belia demi masa depan negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Pada Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penglibatan anak muda amat diperlukan untuk menjayakan agenda besar pemulihan negara.

Ismail Sabri akan memastikan suara anak muda didengari dan diberikan tumpuan dalam kerajaan ini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:Teks penuh ucapan sulung Perdana Menteri ke-9