Tambahan enam juta dos vaksin bukti komitmen, prihatin PM: KKM

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Ahad.

SHAH ALAM - Tambahan pembelian enam juta dos vaksin yang diumumkan Perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad adalah bukti komitmen dan keprihatinan berterusan untuk mencari jalan keluar daripada pandemik Covid-19.

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Mohd Shafiq Abdullah berkata, usaha yang dilakukan itu adalah demi kesejahteraan rakyat negara ini.

Iklan
Iklan

"KKM menyambut baik pengumuman Perdana Menteri untuk menambah pembelian enam juta dos vaksin lagi bagi mempertingkatkan liputan vaksinasi kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Tambahan pembelian ini membuktikan komitmen dan keprihatinan berterusan Perdana Menteri dalam memastikan kerajaan mencari jalan keluar melawan pandemik Covid-19 ini demi kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Pada petang Ahad, Ismail Sabri mengumumkan pembelian tambahan sejumlah enam juta dos vaksin Covid-19 lagi yang akan diterima menjelang awal September 2021.

Kenyataan media KKM.
ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan tambah pembelian enam juta dos vaksin Covid-19

Iklan

Ismail Sabri berkata, perkembangan itu adalah usaha kerajaan bagi memastikan seluruh rakyat Malaysia dapat menikmati fasa 'bebas' termasuk kebenaran merentas negeri.

Menurut beliau, gambaran tersebut adalah bersandarkan kepada perkembangan hasil keberkesanan strategi vaksinasi seperti yang telah dikecapi Labuan ketika ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shafiq berkata, dengan penambahan itu ia akan memperluaskan lagi liputan program vaksinasi sedia ada kepada segenap lapisan masyarakat Malaysia.

Katanya, seluruh keluarga KKM akan terus memberikan komitmen dan fokus terhadap tanggungjawab bagi menangani pandemik ini dengan jayanya.