Trump, Jong-un setuju teruskan perbincangan produktif

Iklan
Jong-un (dua kanan) ketika bertemu dengan Trump (tiga kiri) di Hotel Sofitel Legend Metropole di Hanoi, semalam. - AFP

PYONGYANG - KOREA UTARA. Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bersetuju untuk meneruskan perbincangan produktif tentang usaha nyahnuklear di Semenanjung Korea, menurut media tempatan pada Jumaat.

Agensi berita KCNA melaporkan kedua-dua pemimpin tersebut juga sepakat untuk memulihkan hubungan AS-Pyongyang.

Iklan
Iklan

"Jong-un dan Trump menyatakan keyakinan mereka untuk memperbaiki hubungan dua hala jika ia dilakukan dengan penuh kesabaran dan bijaksana walaupun terdapat banyak halangan yang tidak dapat dihindari pada masa depan," lapor agensi itu lagi.

Pertemuan yang sangat dinantikan di Vietnam itu sepatutnya memperkukuhkan lagi perjanjian sidang kemuncak bersejarah di Singapura pada tahun lalu, namun rundingan pusingan terbaharu itu berakhir dengan kebuntuan.

Iklan

Sebelum ini, Pyongyang menawarkan langkah untuk merobohkan loji nuklear Yongbyon sebagai pertukaran dengan penarikan semula sebahagian sekatan.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Korea Utara, Moon Jae-in berkata, Seoul akan bekerjasama dengan Washington dan Pyongyang untuk membantu rundingan mereka mencapai penyelesaian lengkap. - Agensi

Iklan