MPK juara edisi sulung SUKANUNVE 2021

Iklan
Ahmad Fadzli (tengah) bersama Piala Pusingan Keseluruhan SUKANUNVE 2021 yang diserahkan Zamri (kiri) di Dewan Hamzah, Klang.

KONTINJEN Majlis Perbandaran Klang (MPK) muncul juara keseluruhan edisi sulung Karnival Esports Persatuan Badan Berkanun Malaysia (SUKANUNVE) apabila menewaskan pencabar terdekat kontinjen Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Kontinjen MPK merangkul dua emas menerusi acara PUBG dan PESMobile serta satu gangsa manakala LHDNM menjadi juara dalam acara Valorant dan CODM.

Iklan
Iklan

Kejohanan melibatkan tujuh jenis acara menyaksikan baki acara lain dirangkul kontinjen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi acara MotoGP.

Kontinjen Universiti Malaya (UM) pula memenangi acara Mobile Legend Bang Bang manakala kontinjen Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membuat kejutan untuk memenangi acara FIFA2021.

Iklan

Majlis penyerahan Piala Pusingan kejohanan disempurnakan setiausaha kejohanan, Zamri Abd Kahar kepada Yang Dipertua MPK, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin di Dewan Hamzah, Klang.

Untuk rekod, Kejohanan ESports Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA berjaya menarik penyertaan dari 36 agensi melibatkan 802 atlet dan 113 pegawai.

Iklan

Semua acara dilangsungkan secara atas talian dan disiarkan secara langsung menerusi YouTube UiTM Sports Channel dan Facebook Pusat Sukan UiTM.