MASON Greenwood muncul penyelamat Manchester United setelah jaringannya memastikan gergasi liga Inggeris, Manchester United mengekalkan rekod tanpa kalah apabila mengikat Southampton 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.
Anak buah Ole Gunnar Solskjaer yang tampil dengan momentum positif selepas melakar kemenangan bergaya 5-1 ke atas Leeds United di Old Trafford sebelum ini terlebih dulu dikejutkan dengan jaringan sendiri pemain tengah The Red Devils, Fred pada minit ke-30.
Iklan
Iklan
Pelawat yang tersentak dengan jaringan itu cuba menyamakan kedudukan, namun skuad kendalian Ralph Hasenhuttl yang sebelum itu diaibkan Everton
3-1 di Goodison Park dalam aksi pembukaan pada 14 Ogos lalu berjaya mengekang asakan untuk kedudukan 1-0 pada babak pertama.
Bersambung babak kedua, Solskjaer memperkemaskan corak permainan kembali menyaingi The Saints akhirnya berjaya menjaringkan gol penyamaan hasil ledakan Greenwood pada minit ke-55.
Keputusan seri itu menyaksikan The Red Devils kini mengumpul empat mata manakala The Saints pula memperolehi satu mata selepas masing-masing mengharungi dua perlawanan.
Artikel Berkaitan