Kelibat Kane ceriakan Tottenham

Iklan
Kane melakukan percubaan ke arah gawang Wolverhampton semasa aksi liga di Stadium Molineux pada Ahad. - Foto AFP

TOTTENHAM Hotspur mengekalkan momentum positif pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila melakar kemenangan kedua liga setelah mengatasi Wolverhampton Wanderers 1-0 dalam aksi di Stadium Molineux.

Anak buah Nuno Espirito Santo yang tampil ke laman lawan dengan misi memadam kekalahan 0-1 kepada kelab Portugal, Pacos de Ferreira dalam aksi pusingan pertama play-off Liga Konferensi Eropah (ECL) pada 20 Ogos lalu bermula garang.

Iklan
Iklan

Pelawat berada di depan pada minit ke-10 selepas Dele Alli menyempurnakan sepakan penalti selepas pemain berusia 25 tahun kelahiran Milton Keynes tersebut dikasari penjaga gol Wolves, Jose Sa untuk gol tunggal perlawanan.

Kemenangan tersebut lebih manis apabila buat pertama kali kapten The Spurs, Harry Kane yang berada dalam radar penyandang juara Manchester City diturunkan pada babak kedua menggantikan Son Heung-min ketika permainan berbaki 19 minit.

Iklan
Iklan

Kemenangan di Molineux tersebut menyaksikan Tottenham kini mengumpul enam mata selepas mengharungi dua perlawanan liga.