Lebih 211 juta jangkitan Covid-19, 4.43 juta kematian

Iklan

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 211.7 juta dengan lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas. Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat negara paling terjejas dengan 37.6 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 32.4 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.5 juta kes.

Iklan
Iklan

Manakala negara yang melebihi angka 6 juta kes adalah Perancis, Rusia, United Kingdom dan Turki.

Argentina melebih 5 juta manakala Colombia dan Sepanyol pula catat kes melebihi 4 juta.

Iklan

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi dengan melebihi 3.9 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 1.8 juta.

Iklan

Malaysia dengan 1.55 juta kes.

Sementara itu, angka kematian seluruh dunia kini menghampiri 4.43 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 628,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 574,000 kes, India lebih 434,000 kes, Mexico lebih 252,000 kes.

Sementara United Kingdom kini catat lebih 131,000 kematian.

Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 126,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 31,000 diikuti Malaysia. - Awani