KAHERAH - Mesir akan menutup pintu sempadan Rafah di Gaza sehingga diberitahu kelak.
Menurut sumber keselamatan Mesir yang dipetik Reuters, Hamas yang menguasai Gaza menyatakan pihaknya telah diberitahu oleh Mesir mengenai penutupan sempadan daripada kedua arah tanpa memperincikan perkara tersebut.
Iklan
Iklan
Penutupan itu dibuat atas faktor keselamatan berikutan berlaku ketegangan antara Israel dan Hamas apabila pesawat Israel menyerang lokasi di Gaza selepas tembakan melintasi sempadan Gaza dan Israel pada awal Ahad.
Rafah merupakan satu-satunya persimpangan antara Mesir dan Gaza di mana sekatan oleh Israel telah membataskan pergerakan orang ramai dan barang keperluan selama bertahun-tahun.
Mesir membuka sekatan pada Februari lalu dalam usaha untuk mendorong rundingan antara Palestin yang bertemu waktu itu di Kaherah.
Mesir terus membuka jalan ketika dan selepas konflik 11 hari antara Israel dan Hamas pada bulan Mei.
Ini bagi menyampaikan bantuan dan bahan binaan melalui Rafah selepas rundingan genjatan senjata antara kedua belah pihak diadakan. - Awani