Harga RON95 kekal, RON97 naik 5 sen

Iklan

KUALA LUMPUR - Harga runcit petroleum bagi RON95 dan diesel bagi tempoh 2 hingga 8 Mac 2019 masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata, harga runcit RON97 bagi tempoh sama pula naik 5 sen seliter daripada RM2.38 seliter kepada RM2.43 seliter.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh berkenaan sepatutnya adalah masing-masing sebanyak RM2.13 seliter dan RM2.38 seliter.

"Pengurangan paras harga runcit bagi produk petrol RON95 ini adalah selaras dengan komitmen Kerajaan PH untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat,” demikian menurut kenyataan itu.- Bernama

Iklan
Iklan