Nuno Espirito puas hati aksi Kane

Iklan
Nuno Espirito. - Foto The Sun.co

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Nuno Espirito Santo berpuas hati dengan aksi penyerang, Harry Kane ketika menewaskan berdepan Wolverhampton Wanderers 1-0 di Stadium Molineux pada Isnin.

Menurut Espirito, pemain berusia 28 tahun itu telah mempamerkan aksi cemerlang biarpun pada penampilan pertamanya sejak kembali daripada percutiannya yang dilanjutkan baru-baru ini berikutan penglibatannya pada Euro 2020.

Iklan
Iklan

Malah menurut Espirito, Kane turut tidak beraksi pada siri jelajah pra-musim selain tidak beraksi pada aksi pembukaan berdepan Manchester City selain aksi Liga Koferensi Europa berdepan kelab Portugal, Pacos de Ferreira pada Rabu.

"Dia (Kane), telah beraksi dengan baik. Dia turut membantu pasukan biarpun masih dalam proses untuk mengembalikan semula kecergasannya.

Iklan

"Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa dia adalah salah seorang pemain bola sepak terbaik di dunia ketika ini.

"Kenapa saya berkata demikian? Anda boleh lihat bagaimana dia membantu pasukan dan jika dia bermain baik pada hari ini, dia akan bermain lebih baik pada keesokan hari dan seterusnya,” katanya.

Kane (kiri) dikawal ketat pertahanan Wolves pada perlawanan berkenaan. - Foto AP

Iklan

Pada perlawanan berkenaan, pemain tengah, Dele Alli menjaringkan gol tunggal perlawanan, setelah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-10.

Dalam pada itu, Espiriton turut gembira dengan tindakan penyokong Spurs yang mengalu-alukan kehadiran Kane.

Katanya, tindakan penyokong turut menggambarkan bahawa kesemua sememangnya menghargai tindakan Kane yang memutuskan untuk terus beraksi bersama skuad The Lillywhite situ musim ini dan tidak menandatangani kontrak dengan Manchester City.

"Kami gembira dengan sikap serta semangat penyokong Spurs. Mereka memberikan gambaran bahawa dalam apa juga keadaan kita perlu bersatu.

"Secara tidak langsung ia memberikan gambaran bahawa selain memiliki pemain terbaik, kami juga memiliki penyokong yang hebat dan ia benar-benar memberikan berita gembira buat kami,” katanya.