TMJ bertemu guru tolak vaksin pada Jumaat

Iklan
Tangkap layar hantaran yang dimuat naik di Facebool HRH Prince Of Johor pada Isnin.

ISKANDAR PUTERI - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan berjumpa Pengarah Pendidikan negeri dan guru yang menolak vaksin Covid-19 di Bangunan Sultan Ibrahim Bukit Timbalan Jumaat ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook HRH Crown Prince of Johor pada Isnin, baginda bertitah pertemuan itu turut akan disertai Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.

Iklan
Iklan

"Saya akan berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Johor dan para guru di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan bersama-sama dengan Mufti Johor dan Setiausaha Kerajaan Johor pada Jumaat ini.

"Demi kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. InsyaALLAH," titah baginda.

Iklan

Pada Ahad, Tunku Ismail akan berjumpa dengan Pengarah Pelajaran Negeri Johor dan 779 guru yang dilaporkan menolak vaksin di negeri ini.

Menerusi ciapan di akuan Twitter baginda, pertemuan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Iklan

Sebelum itu pada Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang memberitahu, Jabatan Pendidikan Negeri Johor ( JPNJ) akan membantu memberi penerangan mengenai kebaikan vaksin kepada guru terbabit.

Menerusi jawapan yang dikemukakan pada sesi soalan lisan bagi Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-14 pada Ahad, Mazlan menjelaskan seramai 45,448 atau 96.26 peratus guru di Johor sudah menerima dos pertama.

Berdasarkan statistik, seramai 23,746 guru sudah lengkap kedua-dua dos berkenaan sehingga Khamis lalu.