LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL), pada Isnin mengumumkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), MFL yang baharu.
Keputusan melantik Stuart, diputuskan pada Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah MFL yang dipengerusikan oleh Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan.
Iklan
Iklan
Pelantikan itu dibuat berikutan setelah Ab Ghani dinaikkan pangkat Presiden MFL menggantikan Datuk Hamidin Mohd Amin yang meletakkan jawatan pada 12 Ogos lalu.
Pelantikan berkenaan sekali gus telah menamatkan pelbagai spekulasi yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini berhubung individu yang bakal menjadi orang nombor dua di MFL.
Kami, warga kerja meja sukan Sinar Harian mengucapkan tahniah kepada Stuart Ramalingam atas pelantikan berkenaan dan selamat menjalankan tugas.