Gempa bumi sederhana landa Selatan Sumba, Indonesia

Iklan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda selatan Sumba, Indonesia pada 4.40 petang Isnin.

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda selatan Sumba, Indonesia pada 4.40 petang Isnin.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 32 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 323 km selatan dari Bima, Indonesia.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama