BERLIN - Seorang wanita Afghanistan selamat melahirkan bayi perempuan dalam pesawat tentera Amerika Syarikat (AS), menurut Pasukan Tentera Udara pada Ahad.
"Ketika insiden itu, komander pesawat turut memutuskan untuk menurunkan altitud penerbangan bagi meningkatkan tekanan udara dalam pesawat C-17.
Iklan
Iklan
"Ia bertujuan untuk menstabilkan dan menyelamatkan nyawa si ibu. Wanita itu mengalami komplikasi akibat tekanan darah rendah,” kata Pusat Perintah Mobiliti Udara AS menerusi Twitter.
Sejurus ia mendarat di pangkalan Ramstein, Berlin pasukan perubatan tentera AS kemudiannya membantu proses kelahiran bayi itu yang dilakukan di bahagian kargo pesawat.
"Wanita tersebut bersama bayinya dipindahkan ke kemudahan perubatan berhampiran. Kedua-duanya berada dalam keadaan baik,” ujarnya lagi.
Sejak Jumaat lalu, AS mendapat lampu hijau dari Berlin untuk memindahkan sebahagian daripada kumpulan dari Afghanistan ke negara itu.
Sehari selepas itu, kira-kira 1,150 dibawa ke pangkalan tentera AS di Ramstein sebelum dipindahkan ke Washington dijangka pada minggu ini. - AFP