Butik pakaian Max Fashion mempamerkan poster prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk beroperasi dalam tempoh Fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) di pintu masuk sebagai panduan dan peringatan kepada pelanggan ketika tinjauan di Pusat Beli Belah Sunway Putramall hari ini.
Bagi kedai pakaian, terdapat SOP kesihatan tambahan yang mesti dipatuhi iaitu memakai sarung tangan, mengehadkan masa urusan di antara pekerja dan pelanggan, serta tidak membenarkan penggunaan ‘fitting room’.