ISKANDAR PUTERI - Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14, ditangguhkan sekali lagi selepas dua hari sidang disambung semula pada Ahad.
Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berkata, penangguhan persidangan bermula Selasa (esok) berdasarkan laporan penilaian risiko Jabatan Kesihatan Negeri Johor ( JKNJ).
Iklan
Iklan
"Persidangan DUN Johor yang dijadualkan berlangsung pada Selasa 24 Ogos dan Rabu 25 Ogos ditangguhkan di bawah Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Negeri Johor.
"Berdasarkan laporan penilaian risiko JKNJ mengesyorkan persidangan ditangguhkan dewan kerana peningkatan kes Covid-19," katanya ketika dihubungi pada Isnin," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Pada 12 Ogos lalu, Mesyuarat Pertama Persidangan Keempat DUN Johor ke-14 yang telah selesai dirasmikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, ditangguhkan sehingga 22 Ogos bagi membolehkan penilaian produser operasi standard (SOP) persidangan yang lebih ketat dilakukan.
Jumaat lalu, Suhaizan dilaporkan berkata, kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen), setiap hari ketika menghadiri sidang DUN Johor yang bersambung semula pada 22 Ogos ini.