Petisyen PRU Kimanis: Perbicaraan bermula 8 April

Iklan

KOTA KINABALU - Mahkamah Pilihan Raya di sini menetapkan 8 April sebagai tarikh permulaan perbicaraan bagi kes petisyen pilihan raya difailkan Datuk Karim Bujang, calon Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, yang mencabar kemenangan Datuk Seri Anifah Aman di kerusi Parlimen Kimanis.

Hakim Datuk Lee Heng Cheong turut menetapkan tarikh 8 Mac untuk mendengar permohonan Karim selaku plaintif bagi mendapatkan dokumen berkaitan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Iklan
Iklan

Hakim membuat keputusan berkenaan dalam kamar hakim selepas mendengar pengurusan kes oleh kedua-dua pihak, hari ini.

Petisyen terhadap kerusi Parlimen Kimanis difailkan Karim pada 18 Jun lepas dengan menamakan Anifah sebagai responden pertama, Pegawai Pilihan Raya Parlimen Kimanis dan SPR sebagai responden kedua dan ketiga.

Iklan

Dalam pendengaran pengurusan kes hari ini, Karim diwakili peguam Frederick Chang Tyn Chi dan Syaiful Sufeyyan Sidin, manakala Anifah diwakili peguam Ansari Abdullah serta Rizwandean Bukhori M Borhan, dan SPR diwakili peguam Faizal Sarbi serta Abdul Fikri Jaafar.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Frederick berkata, tarikh 8 Mac itu ditetapkan bagi keputusan sama ada membenarkan atau tidak permohonan dikemukakan Karim supaya kertas undian dan borang berkaitan daripada SPR disemak semula.

Iklan

"Jika keputusan hakim memihak kepada Datuk Karim, mahkamah akan membenarkan kami untuk mendapatkan bahan bukti kerana bahan bukti seperti kertas undi dan dokumen berkaitan masih berada di SPR,” katanya. - Bernama