Abah mampu bangkit kembali

Iklan
Muhyiddin Yassin. - Foto FB Muhyiddin Yassin

TAN Sri Muhyiddin Yassin terpaksa melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas gagal mendapat sokongan majoriti daripada ahli-ahli Parlimen.

Abah, panggilan mesra kepada Muhyiddin menjadi Perdana Menteri paling singkat iaitu hanya 17 bulan.

Iklan
Iklan

Segala sumbangan dan pengorbanan yang dicurahkan Abah pastinya akan dikenang oleh seluruh lapisan rakyat tatkala berusaha membantu negara membendung pandemik Covid-19.

Abah sedaya upaya membantu rakyat sama ada dari segi bantuan kewangan, menyediakan pelbagai pakej pemulihan ekonomi serta meningkatkan taraf perubatan dan kemudahan kesihatan.

Iklan

Namun, apakan daya. Dunia politik sememangnya penuh kejam dan berdendam. Abah tidak terdaya menentang kuasa di luar kawalannya.

Kini Abah hilang sokongan dan terpaksa menyerahkan kedudukan dan kuasa kepada orang lain. Namun, Abah tetap boleh memberikan idea dan nasihat kerana parti Abah masih menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Iklan

Mungkin nasib Abah kurang baik. Sebaik sahaja Abah menjadi Perdana Menteri, ketika itulah virus Covid-19 mula mengganas. Bagaikan telah ditakdirkan, Abah bukan sahaja perlu mengharungi ketidakstabilan politik, tetapi juga berhadapan virus Covid-19.

Sekiranya ada pemimpin lain yang menjadi Perdana Menteri, sudah tentu akan menghadapi situasi sama seperti yang dialami oleh Abah.

Memang cukup getir memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat dapat dijaga dengan baik.

Tetapi sama ada Covid-19 atau tidak, Abah sudah melakukan usahanya yang terbaik. Tak perlulah menghiraukan orang lain yang begitu rakus merampas kerusinya. Yang penting, Abah telah menang dan sentiasa di hati rakyat.

Manalah tahu suatu hari nanti, Abah mampu kembali bangkit. Dalam politik, ada pasang dan surutnya. Apa jua kemungkinan boleh berlaku. Kita tunggu Pilihan Raya Umum akan datang!