MFL perlu anjakan lebih besar

Iklan
MFL pentadbir saingan Liga-Malaysia.

KEPIMPINAN baharu Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) digesa untuk melakukan anjakan besar dalam memastikan Liga Malaysia (Liga-M) tidak hanya kekal relevan tetapi juga progresif dalam mendepani pelbagai cabaran pada masa depan.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa, antara yang perlu dilakukan MFL adalah melantik mereka yang mempunyai pengalaman dalam perniagaan dan pemasaran jenama sukan.

Iklan
Iklan

"Situasi pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak tahun lalu sebenarnya telah banyak mengubah landskap kehidupan aktiviti komuniti termasuk industri bola sepak dunia dengan pengenalan norma baharu.

"MFL lebih terbuka dan berani memberikan ruang kepada muka-muka baharu dalam pengurusan dan merancang urus tadbir badan itu serta jawatankuasa tertinggi daripada menempatkan individu dari peringkat kelab seperti dipraktikkan sekarang.

Iklan

"Penstrukturan semula urus tadbir kelab yang masih bernaung di bawah kerajaan negeri kepada entiti yang benar-benar berstatus profesional juga perlu diberikan perhatian serius sekiranya tidak mahu berlakunya kembali masalah yang pernah menimpa beberapa kelab sebelum ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.

MFL pada Isnin mengesah pelantikan Stuart Ramalingam sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu MFL mengisi posisi dikosongkan Datuk Ab Ghani Hassan yang dinaikkan pangkat sebagai presiden.

Iklan

Pada masa sama, Mohd Sadek menyarankan pengendali Liga-M itu untuk merangka model liga yang lebih praktikal dan berorientasikan bisnes penajaan bagi memastikan survival kelab-kelab naungannya.

"Model bisnes berteraskan penajaan ini penting kerana dapat membawa kelab-kelab Liga Super dan Liga Premier yang sebelum ini bergelut dengan iklim Covid-19 kembali bernafas selepas terkesan wabak tersebut.

"Penganjuran liga lapan kelab menggunakan format tiga kali perlawanan mampu memastikan saingan liga lebih kompetitif dan menarik lagi lebih banyak penajaan kepada industri,” jelasnya.