Akta lompat parti perlu demi kestabilan politik: Tuan Ibrahim

Iklan
Tuan Ibrahim semasa ceramah maya isu semasa yang disiarkan di KelantanTV pada Isnin.

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan agar akta lompat parti dapat diwujudkan bagi mengelakkan pertukaran kerajaan pada masa akan datang.

Menurutnya, akta tersebut perlu digubal bagi memastikan politik negara berada di tahap yang stabil dan tidak berlaku pengkhianatan kepada parti.

Iklan
Iklan

"Perlu ada undang-undang berkaitan lompat parti. Jika tiada, tidak mustahil akan berlaku lagi pertukaran kerajaan dan perkara ini akan berulang semula.

"Kalau adakan akta ini, insya-ALLAH orang yang menang tidak akan tinggalkan dan lompat kepada parti lain.

Iklan

"Pas cuba pelbagai kaedah dalam parti supaya kalau menang, berjanji tidak akan melompat. Kalau lompat, haramlah gaji,” katanya semasa ceramah maya isu semasa yang disiarkan di KelantanTV pada Isnin.

Selain itu, menurut Tuan Ibrahim, kerajaan ketika ini perlu membubarkan Parlimen sekiranya situasi negara kembali kepada normal.

Iklan

Jelasnya, ia adalah bagi memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang layak mentadbir.

"Tapi situasi sekarang ini tidak mengizinkan. Sabar seketika. Tahan diri. Bina bersama susun bersama supaya kita lepas situasi ini.

"insya-ALLAH pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan berjaya tangani perkara ini,” ujarnya.

Mengulas mengenai persediaan Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-15, beliau berkata, parti itu akan menggerakkan kekuatan yang ada secepat mungkin.

Tambahnya, Pas perlu memikirkan beberapa alternatif lain memandangkan keadaan kini telah berubah dan lebih menfokuskan serta memperkasakan kepada media sosial.