BANDAR GAZA - Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas sebuah kilang senjata Hamas di Khan Younes di selatan Gaza pada lewat malam Isnin tetapi ia tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kematian antara kedua-dua pihak.
Serangan itu dilancarkan selepas rejim Zionis menyerang Gaza menerusi serangan udara pada lewat Sabtu lalu selepas kedua-dua pihak bertempur di sempadan sehingga mengakibatkan puluhan orang termasuk seorang askar Isreal cedera dan 41 penduduk Palestin.
Iklan
Iklan
Tentera Israel juga melancarkan serangan udara ke atas terowong di Jabalia, utara Gaza.
Dalam satu kenyataan tentera negara haram itu, sebuah pelancar roket bawah tanah bawah tanah milik Hamas dan sebuah sekolah di Shejaiya turut menjadi sasaran serangan udara jet-jet rejim Zionis.
Bagaimanapun, para pejuang yang setia dengan Hamas kemudian melakukan tindak balas apabila mereka melepaskan tembakan ke arah jet Israel.
Tentera rejim Zionis menyatakan bahawa serangan itu dilancarkan selepas belon-belon panas dilancarkan dari Gaza sehingga memasuki negara haram tersebut.
Pada Sabtu lalu, tentera Israel melepaskan tembakan ke arah para penunjuk perasaan Palestin yang berhimpun dekat sempadan Gaza bagi memperingati ulang tahun Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis terbakar 52 tahun lalu. - Agensi