SHAH ALAM - Sebanyak 27 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang telah ditutup setakat Selasa berikutan hampir keseluruhan penduduk telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memaklumkan, proses penutupan itu akan dijalankan secara berperingkat dengan penutupan pertama pada Isnin dan terakhir pada 30 September depan.