KUALA LUMPUR - Sebanyak 40.8 peratus populasi keseluruhan di Malaysia atau 13,315,774 orang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat Isnin, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).
Jawatankuasa itu yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Facebook rasminya memaklumkan setakat Isnin juga, seramai 18,476,589 individu sudah menerima dos pertama menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 31,792,363 dos.