SHAH ALAM - Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) pertama di Malaysia, redONE Network Sdn Bhd (Malaysia) (redONE) melancarkan redONE Prepaid BeyondLite untuk memberikan alternatif perkhidmatan talian yang berpatutan ketika pandemik serta sesuai kepada pengguna yang mementingkan bajet.
Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Farid Yunus berkata, pelan prepaid baharu itu bukan sahaja menawarkan RM30 kredit percuma, malah panggilan tanpa had percuma ke pengguna redONE prepaid.
Menurutnya, dengan pek permulaan hanya RM10, pelanggan boleh menikmati RM30 kredit percuma di mana RM5 akan dikredit setiap bulan selama enam bulan dan pek prepaid ini juga membolehkan pelanggan menikmati tempoh sah 30 hari dengan tambah nilai minimum sebanyak RM10 sebulan.
"Sekiranya pengguna memerlukan lebih data dan panggilan untuk nombor prepaid mereka, redFAST30 adalah pelan tambah-nilai terbaik buat mereka. Pelan tambah-nilai hanya RM30 sebulan ini menawarkan 30GB data berkelajuan tinggi, panggilan tanpa had ke semua rangkaian dan 10GB internet asas yang sah untuk 30 hari,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, selain redFAST30, pelanggan prepaid BeyondLite juga boleh membeli redBOOSTER untuk menikmati data tambahan 10GB 4G LTE pada hanya RM10 sahaja bersama dengan khidmat nilai-tambah (VAS) redONE seperti redSOCIAL, redVIDEO, redCALL, redMUSIC dan redSMS.
Sementara itu, Ketua Pegawai Jualan redONE, Ben Teh berkata, dengan pelan prepaid BeyondLite baharu serta dengan pilihan tambah nilai dan VAS baharu, redONE mengharapkan ia dapat membantu komuniti lokal untuk berhubung dengan lebih baik pada harga yang berpatutan walau di mana pun mereka berada di Malaysia.
"Mereka yang berminat untuk mendapatkan pelan baharu itu boleh mendapatkan pek permulaan hari ini pada mana-mana pengedar redONE prepaid di seluruh negara,” katanya.