Perancis dijangka tawar suntikan 'booster' pada September

Iklan
Perancis mungkin memberikan suntikan tambahan atau 'booster' untuk vaksin Covid-19 kepada individu berusia 65 tahun ke atas. (Gambar hiasan)

PARIS - [DIKEMASKINI] Warga emas Perancis mungkin akan diberikan suntikan tambahan atau 'booster' untuk vaksin Covid-19 mulai September, kata Menteri Kesihatan Oliver Veran pada Isnin.

Beliau berkata, kementerian sedang menunggu keputusan akhir daripada badan khas yang ditugaskan untuk menilai mengenai dos tambahan itu, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

"Dos ketiga mungkin akan disyorkan bagi mereka berusia 65 tahun ke atas bermula awal bulan depan,” katanya.

Lebih 80 peratus rakyat Perancis telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Iklan

Sejak Julai lalu Perancis telah digegarkan dengan tunjuk perasaan besar-besaran golongan antivaksin.

Perancis mewajibkan orang ramai menunjukkan jadual vaksinasi atau hasil ujian Covid-19 sebelum dibenarkan masuk ke tempat awam termasuk kafe, restoran, lapangan terbang, perkhidmatan kereta api dan muzium.

Iklan

Secara purata, Perancis merekodkan lebih 15,000 kes baharu setiap hari tetapi angka kematian menunjukkan trend penurunan ketara. - Bernama