Pahang salur RM48.9 juta bantu golongan terkesan PKP

Iklan
Wan Rosdy

KUANTAN - [DIKEMASKINI] Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan RM48.9 juta bagi membantu rakyat di negeri tersebut dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 hingga PKP 3.0.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, daripada jumlah itu, RM24.39 juta disumbangkan untuk PKP 1.0 dengan melibatkan lima fasa.

Iklan
Iklan

"RM9.65 juta diperuntukkan sepanjang PKP 2.0. Seterusnya untuk PKP 3.0, RM15.84 juta diperuntukkan melibatkan tiga fasa," katanya ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Datuk Mohd Fadil Osman (BN) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Selasa.

Sementara itu, kerajaan negeri turut menghulurkan bantuan melalui Bantuan Prihatin Pahang (BPP) kepada pelbagai golongan yang terkesan Covid-19 di negeri ini sepanjang PKP 3.0.

Iklan

Ia termasuk 20,939 penerima melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuk warga emas berusia 80 tahun ke atas dan orang kurang upaya (OKU).

Exco Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, bantuan tersebut berupa bayaran tunai 'one off' RM250 bagi setiap penerima.

Iklan

Menurutnya, pada masa sama kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyediakan bantuan tunai dan bakul makanan kepada golongan terjejas seperti penjaja kecil, pemandu teksi, pekerja khidmat penghantaran dan pemandu e-hailing melibatkan lebih 19,000 penerima tahun ini.

"Kerajaan negeri sentiasa mengambil berat terhadap golongan ini di mana pakej bantuan akan terus dilaksanakan," katanya sebagai menjawab soalan dikemukakan ADUN Padang Tengku,Datuk Mustapa Long (BN).