Pendapatan Nestle naik kepada RM134.53 juta suku kedua

Iklan
Nestle mencatatkan keuntungan bersih RM134.53 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2021. - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Nestle (Malaysia) Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM134.53 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2021, meningkat 27.5 peratus daripada RM105.53 juta tahun sebelumnya.

Pengeluar makanan dan minuman (F&B) itu berkata, prestasi itu dipacu oleh peningkatan dalam pendapatan tetapi agak sederhana disebabkan oleh harga komoditi yang lebih tinggi dan peningkatan perbelanjaan pemasaran berbanding dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun 2020.

Iklan
Iklan

"Hasil meningkat kepada RM1.38 bilion pada suku dalam kajian berbanding RM1.22 bilion sebelumnya, terutamanya disebabkan oleh pertumbuhan penjualan domestik yang menggalakkan sebanyak 15.8 peratus, didorong oleh perniagaan F&B teras kumpulan yang kukuh, meningkat 8.4 peratus pada suku kedua 2021," katanya.

Dalam pada itu, Nestle dalam makluman kepada Bursa Malaysia tetap yakin dapat mencatatkan pertumbuhan penjualan yang baik pada tahun 2021.

Iklan

"Berdasarkan momentum yang menggalakkan, kami tetap fokus untuk memacu trajektori positif kami pada separuh kedua tahun ini, berusaha memberikan pertumbuhan yang mampan bagi tahun 2021 dan pada masa yang sama menyokong Malaysia bergerak ke arah pemulihan," tambahnya. - Bernama

Iklan