Pembangkang Selangor sedia kerjasama tangani pandemik Covid-19

Iklan
Gambar hiasan. Gambar kecil: Rizam

SHAH ALAM – Pembangkang Selangor berharap agar kerajaan negeri dapat menjalinkan kerjasama dalam mencari formula terbaik bagi membantu rakyat yang terkesan dengan ancaman pandemik Covid-19.

Ketuanya, Datuk Rizam Ismail berkata, pandemik kebiasaannya akan berlanjutan selama beberapa tahun, sehubungan itu, perancangan secara bersama amat diperlukan bagi memastikan persediaan awal dapat dibuat dalam menghadapi sebarang situasi selepas ini.

Iklan
Iklan

Pembangkang dan kerajaan ujar beliau, perlu mengukuhkan sifat kebersamaan sehingga ke peringkat bawah dalam menangani penularan wabak ini.

"Disebabkan itulah, perlunya penglibatan secara bersama tak kira pembangkang atau kerajaan bagi memastikan setiap perancangan pelaksanaan dapat dilaksanakan dengan baik dan bukan hanya di atas kertas.

Iklan

"Saya dah tekankan dalam Belanjawan Selangor sebelum ini bahawa saya amat kecewa kerana kerajaan negeri langsung tidak sentuh mengenai peruntukan Covid-19 seolah-olah mereka tidak bersedia bahawa ancaman wabak Covid-19 ini akan berulang.

"Saya harap kerajaan Selangor akan bersedia untuk menjalinkan kerajasama dengan pembangkang,” kataya kepada pemberita selepas mengikuti Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang berlangsung, pada Selasa.

Iklan

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menerusi titah ucapannya sewaktu Istiadat Pembukaan Sidang DUN pada Isnin turut menzahirkan rasa dukacita dan kesal dengan pergolakan serta pertelagahan politik dalam negara yang amat ketara sejak kebelakangan ini.

Baginda secara peribadi turut menzahirkan ingatan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor untuk tidak hanya berpolitik dan merebut kuasa sehingga melupakan tanggungjawab utama bagi membela nasib rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar itu berpendapat pembangkang, menerusi kerjasama ini pembangkang boleh menyertai jawatankuasa bencana di peringkat daerah bersama-sama dengan kerajaan Selangor melibatkan perkongsian data seperti statistik kes, jumlah penduduk positif dan perancangan menangani penularan wabak Covid-19.

"Selain itu, kita juga harap kerajaan Selangor dapat menyediakan perancangan yang jelas tanpa mencari salah mana-mana pemimpin untuk diterjemahkan kepada kami supaya dapat dijelaskan kepada rakyat bawah,” katanya.

Rizam berpendapat kerajaan negeri mempunyai perancangan yang baik dalam sesuatu pembangunan namun pelaksanaannya itu tidak dapat dicapai dengan baik.

"Mungkin jabatan-jabatan kerajaan mempunyai pengalaman mengurus pesakit tapi mereka juga kurang pengalaman untuk urus masyarakat dan kita selaku wakil rakyat mempunyai pengalaman itu,” katanya.