Pemilik syarikat insurans didenda, gagal daftar perusahaan

Iklan
Pendakwaan dilakukan Mohd Fauzi (kiri) dan Siti Zaleha (kanan) di Mahkamah Majistret Machang pada Isnin.

MACHANG - Seorang pemilik syarikat insurans dikenakan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Machang pada Isnin selepas mengaku bersalah gagal mendaftar perusahaan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), dua tahun lalu.

Dia yang berusia 30 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Amal Razim Alias selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Iklan
Iklan

Hukuman yang dikenakan terhadapnya selaras dengan Seksyen 94(g) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Zon Timur, Mohd Fauzi Mohamad dan Pegawai Eksekutif Kanan, Siti Zaleha Muhammad @ Awang.

Iklan

Sementara itu Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob berkata, pihaknya memandang serius kegagalan pihak majikan mendaftar perusahaan dan pekerja mereka dengan agensi berkenaan.

"Kegagalan majikan melaksanakan tanggungjawab itu akan menyebabkan kesukaran kepada pekerja untuk mendapatkan perlindungan dan faedah-faedah yang disediakan oleh Perkeso jika berlakunya sebarang musibah kemalangan, keilatan dan kematian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa

Iklan

Menurutnya, sepanjang tahun lalu sebanyak 38 kes pelbagai kesalahan telah disyorkan untuk pendakwaan di mahkamah.

Katanya, sejak Januari hingga Selasa sebanyak 10 kes disyorkan untuk pendakwaan.