Pensyarah rugi ditipu beli kucing British Shorthair

Iklan
Hasrat seorang pensyarah sebuah kolej untuk memiliki seekor kucing baka British Shorthair tidak kesampaian apabila dia tertipu dalam urusan jual beli haiwan berkenaan. Gambar hiasan 123rf.

JEMPOL - Hasrat seorang pensyarah sebuah kolej untuk memiliki seekor kucing baka British Shorthair tidak kesampaian apabila dia tertipu dalam urusan jual beli haiwan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa yang berusia 37 tahun tertarik membuat pembelian setelah melihat iklan kucing berkenaan di akaun Instagram, Adopsi Kucing Persia pada Isnin.

Iklan
Iklan

"Mangsa terus berurusan dengan pemilik akaun tersebut melalui applikasi WhatsApp di nombor telefon 016-8618570.

"Pemilik akaun memberitahu kucing itu berharga RM398 termasuk penghantaran dan mangsa bersetuju untuk membelinya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Menurutnya, mangsa kemudian telah membuat pindahan wang ke nombor akaun Maybank 112018143260 atas nama Nizam bin Nasir.

Ujarnya, selepas pembayaran dibuat, mangsa diminta oleh penjual untuk membayar RM980 bagi urusan Kad ID kucing tersebut.

Iklan

"Mangsa diberitahu jika gagal membuat bayaran, kucing tersebut akan ditahan oleh pihak Kastam.

"Mangsa yang rasa ditipu dalam urusan jual beli kucing telah buat laporan polis," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini mangsa masih belum menerima kucing daripada penjual berkenaan.