Kes positif di Indonesia lepas angka empat juta

Iklan
Kes positif Covid-19 di Indonesia melepasi angka 4 juta selepas mencatatkan 19,016 kes baharu pada Selasa. - Foto Reuters

JAKARTA - Kes positif Covid-19 di Indonesia melepasi angka 4 juta selepas mencatatkan 19,016 kes baharu pada Selasa.

Menurut data yang disiarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), kes positif keseluruhan kini berjumlah 4,008,166, manakala jumlah keseluruhan kematian kini meningkat kepada 128,252 kes.

Iklan
Iklan

Sebanyak 1,038 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam, manakala sebanyak 273,750 pesakit aktif sedang dirawat di hospital dan pusat kuarantin sementara.

Pemerintah Indonesia melanjutkan lagi pelaksanaan Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) bermula Selasa sehingga 30 Ogos ini yang membataskan pergerakan, aktiviti dan peraturan ketat berkaitan protokol kesihatan.

Iklan

Sementara itu, Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin dalam siaran media menerusi Youtube PerekonomianRI berkata, Indonesia akan melaksanakan peraturan dan panduan 'hidup bersama' pandemik Covid-19.

Beberapa aspek, peraturan, protokol kesihatan yang lebih teratur dan lengkap akan digariskan bagi membolehkan semua aktiviti sosioekonomi, pendidikan, kegiatan keagamaan dan sebagainya dapat beroperasi dalam tempoh terdekat ini. - Bernama

Iklan