WASHINGTON - Bank Dunia menggantung bantuan kepada Afghanistan dengan menyatakan ia amat bimbang dengan keadaan di sana terutamanya berkaitan dengan hak-hak asasi wanita, kata seorang jurucakap badan kewangan itu kepada AFP.
Bank tersebut menyuarakan kebimbangan tersebut selepas Taliban berjaya menguasai ibu kota Kabul pada 15 Ogos lalu sehingga menyebabkan Presiden Afghanistan ketika itu, Ashraf Ghani melarikan diri.
Seorang pegawai bank itu menyatakan bahawa pihaknya telah menghentikan pembiayaan operasi badan kewangan berkenaan di negara berkenaan.
Ia kini turut memantau serta menilai situasi di negara tersebut.
Penggantungan itu dibuat ketika tentera Amerika Syarikat (AS) bersedia untuk berundur dari Afghanistan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan iaitu pada 31 Ogos ini.
Pada minggu lalu, Washington mengumumkan ia akan menafikan hak-hak Taliban untuk mengakses simpanan wang tunai dan emas negara berkenaan yang kebanyakannya disimpan di luar negara.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebelum ini turut mengumumkan operasinya di Afghanistan digantung termasuk program pinjaman yang bernilai AS$370 juta (RM1.5 bilion) kepada Afghanistan. - Agensi