Chao Ming masih berpeluang

Iklan
Aksi Chao Ming pada aksi sulung peringkat kumpulan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pagi tadi. - Foto FB MSN

ATLET para ping pong negara, Chee Chao Ming masih berpeluang mara ke pusingan seterusnya biarpun tewas pada aksi sulung peringkat kumpulan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pagi tadi.

Chao Ming, 24, tewas 16-11, 7-11 dan 4-11 kepada atlet Itali, yang juga pemain ranking kelima dunia ketika ini, Mohamed Kalem di Gimnasium Metropolitan, Tokyo, dalam tempoh 20 minit.

Iklan
Iklan

Biarpun berjaya memberikan sedikit tentangan pada set pertama dan set kedua, namun atlet kelahiran Kuala Lumpur itu akhirnya terpaksa akur apabila gagal menyekat Mohamaed Kalem untuk memenangi set ketiga.

Kekalahan berkenan menyaksikan atlet berusia 24 tahun itu perlu mencatatkan kemenangan ketika berdepan atlet Great Britaian, Joshua Stacey dan juga Lin Ma (Australia) pada baki perlawanan bagi peringkat Kumpulan C.

Iklan
Iklan

Untuk rekod, Chao Ming pernah mengharumkan nama negara apabila memenangi gangsa pada Sukan Para ASEAN 2017 dan Para Asia 2018 lalu.