Tukang kebun dipenjara 10 tahun, satu sebatan cabul warga emas

Iklan
Tertuduh (tengah) dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada Rabu kerana mencabul seorang warga emas.

MELAKA - Seorang tukang kebun warga Indonesia dihukum penjara 10 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu kerana mencabul seorang warga emas minggu lalu.

Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin membuat keputusan itu setelah tertuduh, Firmus Nahak, 41, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Iklan
Iklan

Tertuduh didakwa mengikut seksyen 377CA Kanun Keseksaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati telah mencabul mangsa berusia 77 tahun dan mendatangkan cedera di sebuah pusat jagaan warga emas di daerah Melaka Tengah pada jam 12.30 pagi pada 19 Ogos lalu.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya, Anis Wahidah Mohamad memohon hukuman berat dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat dengan mengambil kira mangsa adalah warga emas dan tertuduh mengambil kesempatan atas kelemahan itu.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan diberikan ke atasnya.

Iklan

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dari tarikh dia ditahan bermula 19 Ogos 2021 dan satu sebatan.