Lelaki jatuh jambatan ditemui lemas

Iklan
Mayat mangsa ditemukan di kawasan Nibong Tebal setelah dua hari operasi SAR dijalankan. -Foto ihsan Bomba Perak

PARIT BUNTAR - Seorang lelaki yang dikhuatiri terjatuh dari Jambatan Sungai Kerian dua hari lalu berjaya ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR), pada Rabu.

Mayat M Jasudass, 43, ditemui terapung pada jam 10.20 pagi kira-kira 10 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, mayat mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci kereta ditemui di kawasan Kampung Baru, Nibong Tebal di Pulau Pinang.

"Dalam kejadian Isnin lalu, polis menerima panggilan yang memaklumkan ada lelaki terjatuh ke dalam sungai dan SAR dilancarkan sebaik menerima maklumat tersebut.

Iklan

"Setelah dua hari operasi dilaksanakan, mangsa akhirnya dijumpai di kawasan Nibong Tebal. Mayat mangsa kemudian dibawa balik menggunakan bot Polis Marin," katanya.

Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian dan pengecaman mangsa oleh waris.

Iklan