LBS kekal bertahan

Iklan
Hock San (kiri) bersama kakitangannya pada mesyuarat ‘Town Hall’ tahunan LBS yang diadakan secara maya berikutan pandemik Covid-19.

PEMAJU perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) terus mengekalkan momentumnya dan bertahan serta menunjukkan prestasi terbaik meskipun berdepan penularan pandemik Covid-19.

Pengerusi Eksekutif dari LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, tahun 2021 menandakan tahun kedua negara berhadapan dengan pandemik itu.

Iklan
Iklan

"Di sebalik cabaran pada masa sukar ini, LBS berupaya mengharungi cabaran tersebut dan adalah mustahil untuk mengecapi kejayaan ini tanpa usaha dan sumbangan berterusan para kakitangan di LBS.

"Selain itu, pelaksanaan digitalisasi dan kesediaan kami untuk menerapkan norma baharu ini serta sikap saling bergantung di antara satu sama lain turut menyumbang kepada kejayaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, terdapat pelbagai cabaran dan halangan yang bakal menanti pada masa hadapan.

"Jika syarikat konsisten untuk melakukan yang terbaik untuk menyediakan rumah berkualiti dan mampu dimiliki di samping meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan LBS, saya yakin kami mampu mencapai sasaran jualan 2021,” katanya.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau berkata, LBS telah mengadakan mesyuarat ‘Town Hall’ tahunan yang diadakan sepenuhnya secara virtual yang dihadiri oleh 500 kakitangan dari Kumpulan LBS Bina Berhad termasuk anak syarikatnya yang tersenarai awam, MGB Berhad dan Zhuhai International Circuit Limited (ZIC).

"Tujuan utama pertemuan itu adalah untuk membincangkan cabaran syarikat di dalam menangani pandemik termasuk cara penyelesaian, objektif serta haluan untuk tahun ini," katanya.

Pada mesyuarat tersebut, LBS turut membentangkan laporan prestasi 2020 serta kemas kini inisiatif ‘Pelan Transformasi Digital’ dan pelan-pelan berkaitan perkembangan syarikat.

LBS juga turut mengumumkan kejayaan kempen-kempen yang dilancarkan di sepanjang 2021 termasuk #Duduk Rumah Deals 2.0 dan 3.0, Ox-Picious 8, Raikan Rezeki Bersama LBS, dan Vacci-Nation Bonanza serta beberapa perancangan akan datang.