Lelaki direman bantu siasatan kes tikam bapa

Iklan
Suspek (kiri) lelaki berusia 28 tahun yang dibawa ke Mahkamah Majistret Bachok pada Rabu bagi mendapatkan perintah reman.

BACHOK - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki dipercayai sakit mental direman seminggu bagi membantu siasatan dalam kes tikam bapa sendiri di sebuah rumah berhadapan Pasar Bachok di sini, pada Selasa.

Tempoh reman suspek berusia 28 tahun itu bermula pada Rabu hingga Selasa depan.

Iklan
Iklan

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret, Mohd Dinie Syazwan Ab Shukor di Mahkamah Majistret Bachok.

Suspek tiba di mahkamah berkenaan sekitar jam 9.10 pagi.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa cedera ditikam anak sakit mental

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan perintah reman tersebut bagi membantu siasatan.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Seorang lelaki warga emas cedera pada muka, kepala dan beberapa bahagian anggota badan akibat ditikam anak lelakinya yang mengalami penyakit mental di sebuah rumah berhadapan Pasar Bachok di sini pada Selasa.

Mangsa, pesara Inspektor Kesihatan berusia 66 tahun tersebut diserang dengan menggunakan sebilah pisau oleh suspek yang berusia 28 tahun.

Kejadian dipercayai berpunca akibat suspek marah kerana tidak suka mendengar tangisan anak saudaranya yang berusia empat tahun.