Polis tingkat kawalan sempadan kekang penyeludupan ketum

Iklan
Polis pertingkat kawalan Op Benteng di pintu sempadan di negeri Kedah bagi mengekang penyeludupan ketum yang dijangka meningkat. - Foto fail Bernama

KUALA NERANG - Polis Kedah mempertingkat kawalan Op Benteng di pintu sempadan di negeri berkenaan bagi mengekang penyeludupan ketum yang dijangka meningkat.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, usaha itu akan dilakukan dengan kerjasama semua agensi penguatkuasaan lain selepas kerajaan Thailand mengeluarkan tumbuhan itu daripada senarai dadah berbahaya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, berdasarkan rekod-rekod lalu, terdapat sindiket yang membawa bahan larangan tersebut bukan sahaja ke kawasan utara tetapi juga ke pantai timur dan selatan.

"Seperti mana kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain di dalam akhbar hari ini bahawa mungkin aktiviti penyeludupan ketum meningkat, kami akan tingkatkan kawalan.

Iklan
Kamarul Zaman (dua dari kiri) hadir menyampaikan sumbangan sijil penghargaan dan Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada pesara polis, Abdul Shukur Abdul, 60 (kanan) di Taman Jati, Kuala Nerang pada Rabu.

"Dari segi kawalan, kami akan ketatkan Op Benteng terutama (membabitkan) jalan keluarnya," katanya pada sidang akhbar semasa Program Op Bantu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap di sekitar Kuala Nerang pada Rabu.

Pada program itu, sebanyak lima pesara polis menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara dan 200 keluarga pula menerima bantuan yang diagihkan menerusi 10 kumpulan pasukan polis.

Iklan

Pada Selasa, media melaporkan Thailand mengeluarkan ketum daripada senarai dadah berbahaya sekali gus membolehkannya digunakan secara terbuka.

Bagaimanapun, tindakan itu dikritik pengawal selia perubatan beberapa negara lain sebagai tidak selamat kerana wujud risiko ketagihan dan penyalahgunaan.