Labur dalam ekuiti penjagaan kesihatan untuk pemulihan mampan

Iklan

NEGARA anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bersepakat untuk menggesa supaya merapatkan jurang perkhidmatan kesihatan dan memastikan semua orang dalam rantau ini mendapat akses kepada penjagaan kesihatan yang mampu milik dan selamat.

Ini adalah faktor utama untuk mencapai pemulihan mampan daripada pandemik Covid-19 dan memberi kemakmuran semula kepada rakyat.

Iklan
Iklan

"Pandemik ini sudah berada dalam komuniti selama 20 bulan, seluruh dunia masih menyesuaikan diri terhadap ketidaktentuan dan ancaman mutasi Covid-19.

"Bagaimanapun, satu perkara yang pasti... kesihatan dan kesejahteraan ekonomi yang saling bergantung antara satu sama lain," kata Menteri Kesihatan New Zealand, Andrew Little.

Iklan

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Peringkat Tertinggi APEC ke-11 mengenai Kesihatan dan Ekonomi disebalik penularan semula Covid-19 di peringkat global disebabkan varian Delta yang menekankan isu berkaitan kapasiti sistem kesihatan yang berbeza dan liputan program vaksinasi.

Little dalam satu kenyataan dikeluarkan menggariskan kepentingan kerjasama erat dan menyelaraskan respons dalam menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi yang berpanjangan itu disebabkan Covid-19 dan menggesa negara anggota APEC mempertingkatkan kerjasama demi memastikan ekuiti kesihatan.

Iklan

"Kita dapat melihat jumlah kes jangkitan Covid-19 adalah tidak sama di seluruh dunia, negara-negara miskin yang paling terkesan.

"Kita mesti bekerjasama, sama ada antara negara anggota APEC dan lebih luas lagi dalam usaha memerangi Covid-19,” katanya.

Liputan program vaksinasi di rantau Asia-Pasifik sangat berbeza, jumlahnya adalah antara 148 dos bagi 100 penduduk hingga serendah hanya satu dos untuk setiap 100 penduduk.

Akibatnya, kadar individu yang divaksinasi sepenuhnya adalah sangat berbeza, serendah 0.2 peratus hingga setinggi 72 peratus penduduk yang menerima dos vaksin setakat pertengahan bulan Ogos.

Little berkata, forum perdagangan antarabangsa adalah penting untuk melindungi bekalan vaksin yang adil dan produk rawatan jangkitan Covid-19 dan mencerminkan kemajuan yang dicapai dalam bidang ini.

"Tahun ini, kami mengambil tindakan untuk memperkukuhkan rantai bekalan antarabangsa untuk vaksin Covid-19 dan barangan yang berkaitan untuk memastikan pengedarannya pantas dan efisien.

"Penting bagi kami untuk memperkukuhkan usaha kolektif kami dan kami membantu dalam peningkatan pembuatan dan pengedaran vaksin Covid-19 dan produk yang berkaitan," tambahnya.

Mesyuarat peringkat tinggi itu juga memfokuskan kepada kesan Covid-19 kepada wanita dan kumpulan terkesan.

APEC adalah forum antara kerajaan yang terdiri daripada 21 negara anggota termasuk Malaysia yang bertujuan untuk mewujudkan kemakmuran lebih besar kepada penduduk di rantau ini dengan mempromosikan pertumbuhan yang seimbang, inklusif, lestari, inovatif dan selamat serta mempercepatkan integrasi ekonomi serantau. - Bernama