Harga runcit telur ayam stabil

Iklan
KPDNHEP memaklumkan harga semasa bagi gred A adalah RM0.44, RM0.40 (gred B) dan RM0.36 (gred C) pada Isnin lalu.

PUTRAJAYA- Harga purata runcit telur ayam berada pada kedudukan stabil, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Menerusi kenyataannya, KPDNHEP memaklumkan harga semasa bagi gred A adalah RM0.44, RM0.40 (gred B) dan RM0.36 (gred C) pada Isnin lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil pemantauan dan analisis yang diperoleh daripada peringkat pengeluar dan pemborong oleh Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) mendedahkan harga jualan telur ayam gred A adalah pada harga antara RM0.37 hingga RM0.38 sebiji.

"Gred B dijual pada harga RM0.34 hingga RM0.38 manakala sekitar RM0.33 hingga RM0.37 bagi telur ayam gred C dengan masing-masing margin untung antara

Iklan

RM0.01 hingga RM0.03 setiap biji," katanya.

KPDNHEP berkata, pemantauan juga mendapati ada peniaga yang masih menjual pada harga yang lebih rendah daripada harga kos sehingga Julai 2021.

Iklan

Katanya, harga runcit telur ayam yang dijual dalam kuantiti 30 biji lebih menjimatkan berbanding yang dijual dalam kuantiti 10 biji.

"Oleh itu, pengguna digalakkan membuat pilihan bijak," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Kementerian itu berkata, pihaknya mengambil maklum laporan akhbar dan media sosial berhubung harga runcit telur ayam yang telah meningkat di pasaran berbanding bulan sebelumnya.

"Laporan tersebut selari dengan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV)," katanya.

KPDNHEP berkata, purata harga runcit bagi ayam bersih standard juga stabil sejak Ahad hingga Isnin lalu iaitu RM7.51sekilogram.

"Kementerian telah melaksanakan penguatkuasaan Ops Pasar (telur ayam) dan Ops Rantai (makanan ternakan ayam) sejak 2 Ogos lalu di samping pegawai pemantau harga (PPH) melakukan pemantauan setiap hari sebagai pendekatan bagi memastikan pergerakan harga runcit ayam dan telur ayam tidak menekan pengguna," katanya.

Menurut kenyataan tersebut, penguatkuasaan Ops Pasar telah memberi fokus kepada tiga sasaran utama telur ayam.

"Ini termasuklah pemeriksaan mengambil kira semua rantaian termasuk peringkat pengeluar, penternak, pemborong dan peruncit," katanya.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan harga telur ayam bagi Ogos mencapai paras tertinggi pada tahun ini dengan peningkatan melibatkan kesemua gred telur.