Allianz Malaysia catat GWP RM2.78 bilion enam bulan pertama

Iklan
Zakri Khir

SHAH ALAM – Kumpulan Allianz Malaysia Berhad pada Rabu mengumumkan telah mencatat Premium Bertulis Kasar (GWP) sebanyak RM2.78 bilion pada enam bulan pertama tahun 2021.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zakri Khir berkata, ia mencatatkan peningkatan 8.6 peratus berbanding RM2.56 bilion yang dicapai pada tempoh yang sama pada tahun 2020.

Iklan
Iklan

"Aset keseluruhan kumpulan meningkat 8.7 peratus kepada RM22.29 bilion setakat bulan Jun 2021 berbanding RM20.51 bilion yang diraih tahun lepas,” katanya menerusi satu kenyataan.

Zakri menambah, bagi keuntungan sebelum cukai, ia mencatatkan penurunan 19.6 peratus kepada RM273.7 juta untuk setengah tahun pertama tahun ini berbanding RM340.5 juta yang diraih pada tempoh yang sama tahun lepas.

Iklan

"Dengan penerusan sekatan dan kenaikan kes Covid-19 yang membimbangkan terus menguasai pemikiran dan kehidupan seharian rakyat Malaysia, amat penting bagi penanggung insurans untuk terus memainkan peranan dalam menyediakan perlindungan yang bermanfaat dan diperlukan oleh pelanggan kami.

"Walaupun keadaan pasaran yang mencabar, Allianz Malaysia telah berjaya mencapai keputusan yang berdaya tahan untuk setengah tahun pertama 2021,” jelasnya.

Iklan

Menurutnya, semua pihak mahu bertahan dalam pandemik Covid-19 yang melanda negara.

"Jadi, walaupun kumpulan telah mencapai keputusan yang berdaya tahan, kami kekal berwaspada dengan ketidaktentuan persekitaran perniagaan semasa.

"Dan akan terus melaksanakan strategi jangka pendek untuk kekal selari dengan cabaran dan ketidaktentuan yang mungkin akan dihadapi,” katanya.