Martha Abol dibantu anak saudaranya Helton Jeffrey (kanan) memasang Jalur Gemilang di halaman rumahnya di Kampung Tombovo, Putatan, pada tinjauan sempena kemerdekaan hari ini.
Sehingga hari ini, Jabatan Penerangan Daerah Putatan telah mengedarkan sebanyak 1,000 helai Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah kepada beberapa buah kampung di daerah ini untuk dipasang di kediaman para penduduk bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos ini. - Foto Bernama