Penutupan PHM bukan punca kematian pesakit

Iklan
Mawar Medical Centre diarah tutup oleh KKM.

SEREMBAN - Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) menafikan kematian dua bekas pesakit Pusat Hemodialisis Mawar (PHM) minggu ini, disebabkan penutupan pusat perubatan terbabit.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, S Veerapan berkata, seorang lelaki berusia 74 tahun meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar di sini, pada Rabu lalu disebabkan serangan jantung.

Iklan
Iklan

"Pada hari berkenaan pesakit telah hadir sendiri di HTJ kerana kesukaran bernafas. Hasil pemeriksaaan mendapati keadaannya stabil dan pihak hospital memutuskan dia meneruskan rawatan dialisis seperti di jadualkan pada hari sama di Pusat Rawatan Hemodialisis swasta di Sikamat.

"Namun, pusat rawatan itu telah merujuk pesakit berkenaan ke HTJ untuk pemasangan 'catheter' baru yang dijadualkan pada keesokkan harinya. Tapi, pesakit itu tidak sedarkan diri pada jam 10.00 pagi akibat serangan jantung," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Iklan

Menurutnya, seorang lagi pesakit lelaki berusia 69 tahun yang menerima rawatan dialisis swasta di Seremban meninggal dunia di rumah dan tidak dibuat bedah siasat.

Sementara itu katanya, pesakit yang mendapat rawatan haemodialisis bukan sahaja alami kegagalan buah pinggang tetapi turut menghidap penyakit lain seperti diabetes, darah tinggi dan sakit jantung.

Iklan

"Tiada lagi kematian lain membabitkan bekas pesakit PHM yang diarah menamatkan operasi berikutan lesennya dibatalkan.

"Saya berharap berita melalui media sosial yang menyatakan jumlah kematian yang banyak membabitkan bekas pesakit PHM dan lain-lain isu berkaitan, haruslah mendapat pengesahan Jabatan Kesihatan agar tidak mengelirukan orang awam," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Mawar Medical Centre ditutup: KKM

Jelasnya, JKNS sentiasa mengutamakan kesihatan semua pesakit sama ada pesakit dari PHM atau Pusat Perubatan Mawar ataupun pesakit yang dirujuk oleh doktor dari mana-mana klinik atau hospital swasta yang lain.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan Kementerian Kesihatan membatalkan lesen Mawar Medical Centre di Seremban, Negeri Sembilan berkuat kuasa serta merta kerana melanggar ketetapan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586].

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, berikutan itu pusat perubatan terbabit perlu mengembalikan lesen dan memberhentikan operasi dengan serta merta berkuat kuasa hari ini.