Kelantan hantar bantuan bantu mangsa bencana kepala air

Iklan
Ahmad (tengah) semasa membuat pelepasan konvoi berkenaan pada Khamis. - Foto ihsan UPKN.

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri melalui Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir Kilat Kedah menghantar bantuan berjumlah RM150,000 untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana alam di Gunung Jerai, Kedah, pada Khamis.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan melalui stau hantaran di laman sosial Facebooknya di sini pada Khamis.

Iklan
Iklan

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Datuk Mumtaz Md Nawi yang mewakili Menteri Besar berkata, pihak kerajaan negeri berharap bantuan berkenaan dapat meringankan bebanan 1,800 penduduk yang terlibat.

"Bantuan Kerajaan Kelantan kali ini berbentuk sumbangan kewangan berjumlah RM100,000. Selain itu, turut disumbangkan adalah peralatan harian seperti periuk nasi, telekung solat dan pensanitasi tangan. Ia adalah sumbangan orang ramai melalui Tabung Banjir Kedah bernilai hampir RM50,000. Terima kasih kepada semua yang menyumbang,” katanya.

Iklan

Misi bantuan berkenaan melibatkan konvoi empat buah kenderaan pacuan empat roda, dua buah lori dan 17 ahli rombongan termasuklah Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohd Asri Mat Daud.

Turut mengiringi, Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa), Ilvira Mohd Dasuki dan pegawai serta pihak Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Kelantan (MESRA).

Iklan

Pelepasan tersebut disempurnakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob. Konvoi berkenaan difahamkan akan membuat penyerahan sumbangan di Wisma Darul Aman yang akan dilakukan oleh Menteri Besar Kedah sebelum diagihkan ke kawasan yang terlibat.