KUALA LUMPUR - Laluan trafik dari Kuala Lumpur menghala ke Jalan Johar, Bangsar melalui Lebuh Raya SPRINT akan ditutup sepenuhnya mulai 28 Ogos ini hingga Mac 2022.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja membina jalan raya bertingkat dari persimpangan Lebuh Raya SPRINT/Jalan Maarof ke persimpangan Lebuh Raya Sprint/Jalan Semantan.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan itu, laluan trafik lorong kanan dari Lebuh Raya SPRINT KM 7.0 ke Jalan Johar juga ditutup sepenuhnya mulai tarikh tersebut bagi membolehkan kerja-kerja cerucuk dan kerja-kerja pengalihan paip air pembentung dilaksanakan.
"Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi isyarat papan tanda di tapak sebagai panduan dan langkah keselamatan bagi mengelak kekeliruan dan sebarang kesulitan,” menurut kenyataan itu. -Bernama