Orang ramai perlu waspada wabak rabies

Iklan
Boon Chye pada sidang media berkenaan.

IPOH - Orang ramai perlu sentiasa berwaspada dengan wabak rabies yang pernah melanda negara dua tahun lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, biarpun tidak ada kes rabies dalam kalangan manusia khususnya di Semenanjung Malaysia setakat ini, semua pihak tetap perlu berwaspada.

Iklan
Iklan

Justeru menurutnya, satu dasar perlu digubal dalam usaha mengawal populasi anjing liar khususnya di kawasan berlakunya wabak rabies.

"Sebelum ini di Sarawak, sejak 1 Julai 2017 lalu, ada 17 kes dan melibatkan 16 kematian manakala satu lagi kes mangsa berada dalam keadaan yang tenat.

Iklan

"Walaupun tidak ada kes rabies dalam kalangan manusia dilaporkan di Semenanjung Malaysia setakat ini, kita memandang serius terhadap kadar kematian yagn berlaku akibat rabies ini,” katanya pada sidang media, hari ini.

Sementara itu, Boon Chey berkata, kerajaan tidak bercadang untuk mewajbkan vaksinasi untuk bayi tetapi akan menasihati ibu bapa untuk memberikan kebenaran untuk bayi mereka diberikan suntikan vaksin berkenaan.

Iklan

Katanya, kebenaran itu penting demi memastikan kesihatan dan keselamatan bayi berkenaan terjamin.

"Sebelum ini, Ibu bapa akan menggunakan isu kepercayaan dan agama untuk tidak membenarkan suntikan vaksin ini.

"Ini pastinya menimbulkan kesukaran kerana kita tidak mahu melakukannya secara paksaan. Oleh itu, kita akan ambil pendekatan untuk beri nasihat kepada ibu bapa agar berikan kebenaran untuk bayi mereka diberikan suntikan vaksin ini,” katanya.