WASHINGTON - Seorang bayi perempuan Afghanistan yang dilahirkan di dalam sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat C-17, diberi nama 'Reach' sempena nama pesawat dinaiki ibu dan bapa bayi itu.
"Kita telah berbual dengan ibu dan ayah bayi itu, mereka menamakannya 'Reach' sempena nama pesawat C-17 yang menerbangkan mereka dari Qatar ke Ramstein,” kata Komander U.S European Command Jeneral Tod Wolters pada Rabu.