YEREVAN - Sekumpulan ahli Parlimen Armenia bergaduh yang didakwa dimulakan oleh anggota pembangkang yang bertindak membaling botol minuman ke arah Speaker di dalam dewan bangunan Parlimen di Yerevan pada Rabu.
Kejadian itu menyebabkan berlakunya pergaduhan sehingga menyebabkan sesi Parlimen terpaksa ditangguhkan dan anggota-anggota keselamatan dipanggil bagi membantu meredakan suasana.
Iklan
Iklan
Botol-botol dan pencuci tangan kemudian dialihkan dari dewan Parlimen itu.
Bagaimanapun, satu lagi pergaduhan berlaku selepas sesi Parlimen disambung semula membabitkan pihak pembangkang yang menganggu tugas Timbalan Speaker Parlimen.
Dalam kejadian kedua itu, seorang ahli Parlimen parti Pashinyan yang memerintah cuba menendang ahli Parlimen pembangkang sekali gus mencetuskan pergaduhan secara besar-besaran.
Namun, sejumlah ahli Parlimen dibawa keluar oleh anggota-anggota keselamatan dan seorang ahli Parlimen cedera pada mata dan dihantar ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan.
Armenia berada dalam krisis politik selepas kalah dalam perang enam hari dengan Azerbaijan berhubung wilayah Nagorno-Karabakh pada September tahun lalu yang meragut nyawa kira-kira 6,500 orang. - Agensi